Follow us

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 9 March 2018

Mikro Pengajaran menggunakan kemahiran menyediakan aktiviti

Di bawah ini merupakan video mikro pengajaran menggunakan kemahiran menyediakan aktiviti (variasi rangsangan). Rancangan Pengajaran Harian yang dipilih ialah latar dalam drama Anna iaitu menjelaskan jenis latar. 
                                       

                                                         


Video ini juga turut mendapat ulasan daripada dua orang penilai yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu Semester 6. Sila tonton video di bawah.




Berikut merupakan senarai semak mikro pengajaran menggunakan kemahiran menyediakan aktiviti (variasi rangsangan)


                                Gambar 1: Ulasan daripada saudari Nur Fitri Lyiana Binti Amir




                                Gambar 2: Ulasan daripada saudara Muhamad Azam Bin Supian

Kemahiran menyediakan aktiviti (Variasi Rangsangan)


KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

1.      Pergerakan
Pergerakan  guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan  pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.

2.  Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya  pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.

3.  Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

4.  Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat  menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.

5.  Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.

6.  Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.

Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-

  1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
  2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.
  3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
  4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.