KEMAHIRAN
VARIASI RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.
1. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa
langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid
boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada
pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah
akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
4. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
6. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.

Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-
- Matlamat
guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti
yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
- Guru
hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak
mengganggu perjalanan pelajaran.
- Guru
hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu
mengajar dan alat bantu mengajar.
- Guru
perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak
balas murid.
0 comments:
Post a Comment