Follow us

Wednesday, 6 June 2018

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Makropengajaran 3

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Makropengajaran 3




Tarikh:
5 Mei 2018

Kelas:
Semester 6 Kesusasteraan Melayu

Matapelajaran:
Kesusasteraan Melayu

Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
8.0 Menganalisis nilai kemanusian dan pengajaran dalam drama.
Hasil Pembelajaran Keseluruhan (HPK)
8.1  Menerangkan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran.

8.2  Menjelaskan nilai kemanusiaan dalam drama.

8.3  Menjelaskan pengajaran dalam drama.










Aras 1
i.                    Menyatakan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran

Aras 2
i.                    Menyenaraikan nilai kemanusiaan dalam drama.
Aras 2
ii.                  Menjelaskan pengajaran berdasarkan contoh dalam drama.



ABM/bahan sumber yang digunakan:
Makropengajaran 1 di kelas tersebut mengambil masa 30 minit daripada bermulanya set induksi sehingga ke bahagian penutup. Mengulas tentang set induksi, alat bantu mengajar (ABM) yang saya gunakan ialah komputer riba. ABM tersebut membantu saya untuk menayangkan video bagi sesi induksi berkenaan topik yang diajarkan di dalam kelas. Video tersebut mengisarkan tentang kasih-sayang seorang bapa terhadap anaknya. Saya meminta pelajar menaganalisis perkaitan peristiwa di dalam video tersebut dengan topik pembelajaran latar yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut. Di akhir tayangan video tersebut, saya mengemukakan soalan kepada pelajar untuk dijawab berdasarkan video yang ditonton. Video tersebut juga mempunyai perkaitan dengan topik yang akan diajar pada langkah 1 nanti.

          Seterusnya, saya juga masih menggunakan komputer riba untuk menayangkan slide Power Point berkenaan definisi nilai dan pengajaran kepada pelajar. Power Point ini merupakan sebuah perisian di dalam komputer yang boleh memuatkan nota dalam bentuk persembahan yang menarik. Penerangan tentang topik yang diajar sangat perlu supaya pelajar dapat gambaran yang jelas tentang apa yang akan mereka belajar di dalam kelas. Setelah selesai membuat penerangan melalui perisian Power Point, saya mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar dan memperuntukkan masa selama 2 minit untuk menjawab.

          Bagi langkah 2, saya menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti Lakon dan Tulis Skrip. Saya juga mengarahkan pelajar supaya membentuk dua buah kumpulan. Setiap kumpulan diberi skrip drama Anna dan perlu melakonkan skrip tersebut. Setelah selesai sesi lakonan, mereka perlu mecatatkan nilai kemanusiaan yang diperoleh melalui lakonan rakan mereka ke dalam bentuk peta i-Think di atas kertas sebak. Kemudian, setiap kumpulan perlu membentang hasil perbincangan di hadapan kelas. 

          Langkah 3, saya menjalankan aktiviti 3 Stray 1 Stay. Pelajar diikehendaki untuk kekal berada di dalam kumpulan maing-masing. Pelajar diberi kertas sebak dan kali ini mereka perlu menulis pengajaran yang terdapat di dalam drama Anna beerdasarkan skrip dialog yang sama. Setelah selesai, pelajar perlu membuat lembaran kerja dalam masa 3 minit.  
          Bagi sesi penutup, saya telah menanyakan soalan kepada tiga orang pelajar mengenai rumusan pembelajaran pada hari tersebut.

Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):

Strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan mencapai matlamat yang diperlukan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh kurikulum baru adalah berpusatkan pelajar. Di bawah strategi ini, peranan pelajar adalah diutamakan. Ini beerti, mereka didorongkan untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara keseluruhan dan bertindak secara aktif dalam semua aktiviti pembelajaran bilik darjah. Walau bagaimanapun, ada ketika tertentu, guru juga terpaksa memainkan peranannya lebih banyak. Guru perlu menukar strateginya untuk pengajaran yang lebih berkesan. Hal ini demikian kerana, apabila pelajar dimulakan dengan menjalankan aktiviti tanpa sebarang penerangan daripada guru terlebih dahulu, pelajar tidak dapat mencapai obejktif pengajaran di dalam P&P. Pelajar perlu dibekalkan pendedahan dan pengetahuan awal daripada guru mereka tentang sesuatu topik yang diajarkan.

          Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan dalam tiga bentuk iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan. Di dalam pengajaran dan pembelajaran makropengajaran 1 ini, saya menggunakan ketiga-tiga strategi iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan pelajar dan juga strategi pemusatan bahan. Strategi pemusatan guru diaplikasikan dalam set induksi dan di awal langkah 1 iaitu menggunakan kaedah penerangan. Saya memberi penerangan kepada pelajar secara panjang lebar mengenai topik yang dibincangkan pada hari tersebut iaitu definisi nilai dan pengajaran. Penerangan ini dipersembahkan kepada pelajar dalam bentuk tayangan slide Power Point. Penerangan ini amat penting supaya pelajar memperoleh gambaran tentang topik yang akan diajarkan. Ia juga bertujuan untuk dijadikan panduan bagi pelajar mengikuti aktiviti yang akan mereka lalui.
          Seterusnya, saya juga menggunakan strategi pemusatan pelajar. Strategi yang berpusatkan pelajar ini menekankan lebih banyak peranan dan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mengambil bahagian dan bekerja secara aktif. Strategi yang saya perkenalkan ialah kaedah berkumpulan dan perbincangan. Di dalam bentuk berkumpulan tersebut, pelajar melakukan aktiviti Lakon dan Tulis Skrip. Setiap kumpulan diberi skrip drama Anna dan perlu melakonkan skrip tersebut. Setelah selesai sesi lakonan, mereka perlu mecatatkan nilai kemanusiaan yang diperoleh melalui lakonan rakan mereka ke dalam bentuk peta i-Think di atas kertas sebak. Kemudian, setiap kumpulan perlu membentang hasil perbincangan di hadapan kelas.  Aktiviti ini sememangnya menggalakkan pelajar untuk berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan pendapat dan didorong membuat keputusan yang berkesan. Secara tidak langsung, sikap kerjasama dapat dibentuk melalui aktiviti kumpulan. Mereka juga dapat mencungkil bakat mereka dalam bidang lakonan. 

          Strategi yang berpusatkan bahan menekankan lebih banyak kepada peranan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan dalam pengajaran sememangnya dapat membantu tugas-tugas guru dalam kelas dan turut membantu pelajar dalam melaksanakan pembelajaran kendiri dengan berkesan. Saya telah menyediakan pelbagai bahan kepada pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada langkah 2, saya menyediakan skrip drama Anna dan juga kertas sebak serta pen marker. Langkah 3 pula saya masih menggunakan BBM yang sama. Saya juga mengedarkan lembaran kerja pada langkah sebagai aktiviti pengukuhan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?



Objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai sepenuhnya. Saya melihat bahawa pelajar hanya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada langkah 1 sahaja. Objektif P&P pada langkah ialah menyatakan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran dengan tepat melalui tekni soal  jawab. Pelajar diberi penerangan daripada guru melalui slide Power Point. Kemudian, pelajar membuat latihan yang diberi oleh guru. Pelajar memberi fokus sewaktu guru memberi penerangan di dalam kelas. Latihan yang dibuat juga betul dan tiada kesalahan.
          Objektif pengajaran dan pembelajaran pada langkah 2 juga tercapai. Melalui objektif ini, pelajar perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam drama Anna melalui teknik Lakon dan Tulis Skrip. Saya mendapati pelajar dapat berlakon dengan baik dan penuh penghayatan. Peljar juga mampu untuk menterjemahkan lakonan rakan mereka ke dalam bentuk penulisan nilai berdasarkan skrip drama Anna.
          Objektif P&P yang ketiga pula ialah menjelaskan sekurang-kurangnya tiga pengajaran berdasarkan contoh yang terdapat dalam drama Anna melalui teknik Three Stray, One Stay. Pelajar dapat menganalisis kesmua pengajaran yang terdapat di dalam skrip drama Anna. Pelajar juga dapat membentang dengan baik dan masing-masing memberi lontaran idea yang bernas.


Adakah pelajar saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?

Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya dapat simpulkan bahawa pelajar semester 6 Kesusasteraan Melayu melibatkan diri secara produktif dan aktif. Pada sesi induksi, pelajar aktif dalam memberikan respon terhadap video yang dipaparkan oleh guru di hadapan kelas. Tiga orang pelajar yang ditanya oleh guru melalui video yang ditonton memberikan jawapan bernas dan intelek. Masing-masing tidak malu-malu untuk tampil memberikan jawapan terhadap soalan yang diutarakan. Apabila diminta memberikan jawapan terhadap soalan yang dikemukan, pelajar-pelajar ini lantas bangun dan memberikan jawapan dalam kadar yang segera.
          Pada langkah 1, pelajar memberikan sepenuh tumpuan semasa mendengar penerangan guru dihadapan kelas. Pelajar juga aktif bertanyakan soalan dan memberi respond kepada guru mengenai penerangan yang dibuat oleh guru. Pelajr juga dapat menyempurnakan latihan yang diberi oleh guru dalam masa yang ditetapkan.
          Seterusnya, pada langkah 2, setiap kumpulan perlu berlakon dan melengkapkan permainan peta i-Think di atas kertas sebak dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mempunyai banyak pergerakan pelajar di mana mereka perlu berlakon dan melakukan tugasan dalam bentuk perbincangan kumpulan. Di samping itu, wujud interaksi pelabagai hala di antara mereka.
          Penglibatan pelajar secara produktif dan aktif dalam langkah 3 ini dapat dilihat melalui kerjasama mereka dalam menjalankan aktiviti 3 Stray, 1 Stay. Pelajar perlu menganalisis skrip drama yang diperoleh bagi setiap kumpulan dengan menghuraikan pengajaran yang terkandung. Hasil perbincangan mereka ditulis dalam bentuk peta i-Think di atas kertas sebak. Aktviti ini melibatkan kepantasan bagi setiap kumpulan untuk melengkapkan peta i-Think di hadapan kelas.

          Pada sesi penutup, pelajar-pelajar melibatkan diri secara produktif dan aktif dalam menjawab soalan yang ditanya oleh saya mengenai rangkuman sesi pengajajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Tiga orang pelajar terpilih dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan baik. Kebijaksanaan mereka menjawab pertanyaan guru di dalam kelas membuktikan mereka melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?


Seorang guru tidak akan terlepas daripada mengubah rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dirancang dengan rapi sebelum ini. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas, perkara-perkara yang tidak diingin mungkin akan terjadi kepada mana-mana guru yang mengajar. Masalah teknikal seperti Overhead Projector (OHP) tidak berfungsi semasa set induksi memang biasa berlaku. Di samping itu, faktor masa yang tidak mencukupi juga menyebabkan guru terpaksa menyingkatkan sesi P&P. Justeru, setiap guru perlu bersedia untuk menghadapi situasi tersebut dengan membuat perancangan atau alternatif kedua bagi menampung kecatatan pada RPH yang dirancang.
          Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya terpaksa menukar aktiviti pada langkah 3 iaitu menukar teknik 3 Stray 1 Stay kepada teknik lawatan galeri atau dalam bahasa inggerisnya, Gallery Walk. Hal ini demikian keranaa, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.

Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?

Antara bantuan tambahan atau sokongan yang dapat mempertingkatkan lagi pengajaran guru ialah melalui aplikasi Prezi. Pengajaran mengenai nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam drama Anna pada langkah 1 akan nampak lebih menarik jika dipersembahkan dalam bentuk pembentangan interaktif melalui aplikasi Prezi berbanding penggunaan slide Power Point. Aplikasi Prezi ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri seperti tema yang menarik, tulisan yang jelas dan animasi yang menarik. Pelajar juga akan lebih fokus dan menumpukan perhatian terhadap isi pengajaran yang disampaikan dalam bentuk aplikasi Prezi.

          Seterusnya, penggunaan peta i-Think dalam pengajaran nilai kemnusiaan pada langkah 2 dan 3 dapat dibuat penambahbaikan dari segi reka bentuknya. Saya melihat, peta i-Think yang dilakar di atas kad manila adalah kurang dari aspek ketahanannya. Sifat fizikal kad manila ini yang mudah koyak dan renyuk menyebabkan ia tidak dapat bertahan lama. Jadi, saya mencadangkan supaya kad manila ini digantikan dengan papan putih interaktif. Kebaikan papan putih interaktif ini ialah dari segi ianya mudah dipadam, tahan lasak dan boleh digunakan semula bagi subjek yang lain.

          Akhir sekali, aktiviti lembaran kerja bagi langkah 3 akan nampak lebih menyeronokkan jika dibuat dalam bentuk kuiz atas talian iaitu aplikasi Kahoot!. Konsep aplikasi Kahoot! ini adalah sama dengan lembaran kerja yang dibuat secara manual oleh guru. Aktiviti Kahoot! ini mempunyai banyak kebaikannnya. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Semua pelajar juga dapat menyelesaikan aktiviti Kahoot! ini secara serentak kerana setiap soalan yang disetkan di atas talian tersebut mempunyai had masa menjawab yang diperuntukkan. Di samping itu, guru juga tidak perlu lagi untuk menyemak jawapan pelajar kerana melalui aktiviti Kahoot! ini, semua jawapan pelajar telah disemak secara automatik dan markah bagi setiap pelajar juga turut dipaparkan pada penghujung aktiviti ini. Tiga orang pelajar yang mendapat mata tertinggi sewaktu aktiviti Kahoot! ini akan dipaparkan nama mereka di penghujung aktiviti.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan pelajar yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Sekiranya saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini untuk kali yang kedua bagi kumpulan pelajar yang sama, saya akan menggunakan pendekatan yang berbeza. Pendekatan yang saya gunakan sebelum ini iaitu struktural mungkin tidak dapat dicapai oleh semua pelajar secara keseluruhan. Hal ini demikian kerana, tahap kognitif mereka adalah berbeza-beza. Jadi, tidak semua pelajar dapat menguasai apa yang diajar oleh guru melalui aktiviti yang telah dirancang oleh guru di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

          Justeru, saya akan menggunakan pendekatan yang lain iaitu berdasarkan model gaya pembelajaran VAK iaitu visual, auditori dan kinestetik. Model gaya pembelajaran VAK adalah belajar secara secara langsung dengan cara melihat, mendengar dan bertindak. Model ini sangat menekankan kepada pengalaman dan penyesuaian gaya pembelajaran berdasarkan kemampuan pelajar. Terdapat tiga gaya pembelajaran di dalam model gaya pembelajarn VAK iaitu gaya pembelajaran  visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.

Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.

Teori pembelajaran merupakan alat yang digunakan untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mendalam. Menurut Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah (2009), teori pembelajaran ialah penjelasan temntang cara manusia dan haiwan belajar. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran.
          Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, saya telah menggunakan teori pembelajaran Masteri. Menurut Bloom (1968), pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara yang diajar. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

          Langkah pertama dalam teori pembelajaran Masteri ialah penentuan hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh pelajar dan memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran saya berdasarkan Rancangan Pengajaran harian (RPH) yang dirancang ialah:

Objektif: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
i.                    menyatakan defnisi nilai kemanusiaan dan pengajaran dengan tepat melalui teknik soal jawab.
ii.                  menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam drama Anna melalui teknik Lakon dan Tulis Skrip 

iii.                menjelaskan sekurang-kurangnya tiga pengajaran berdasarkan contoh yang terdapat dalam drama Anna melalui teknik Three Stray, One Stay.

          Seterusnya, langkah kedua ialah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semasa merancang aktiviti P&P, saya telah mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza. Jadi, saya telah membuat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, saya turut menggunakan bahan bantu mengajar bagi membantu aktiviti pengajaran yang berlangsung. Melihat kepada RPH yang telah dilaksanakan, saya telah menggunakan pendekatan berpusatkan guru yang diaplikasikan dalam set induksi dan di awal langkah 1 iaitu menggunakan kaedah penerangan. Saya memberi penerangan kepada pelajar secara panjang lebar mengenai topik yang dibincangkan pada hari tersebut iaitu definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran secara umum. Penerangan ini amat penting supaya pelajar memperoleh gambaran tentang topik yang akan diajarkan. Ia juga bertujuan untuk dijadikan panduan bagi pelajar mengikuti aktiviti yang akan mereka lalui.

          Setelah pelajar dapat memahami penerangan yang dijelaskan guru, saya telah menggunakan strategi pemusatan pelajar. Strategi yang berpusatkan pelajar ini menekankan lebih banyak peranan dan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mengambil bahagian dan bekerja secara aktif. Strategi yang saya perkenalkan ialah kaedah berkumpulan. Di dalam bentuk berkumpulan tersebut, pelajar melakukan aktiviti Lakon dan Tulis Skrip dan juga Three Stray One Stay.
          Seterusnya, saya turut membuat penilaian melalui aktiviti P&P yang telah dijalankan. Penilaian dalam pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian juga adalah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti penilaian yang diberikan kepada pelajar semester 6 Kesusasteraan Melayu ialah melalui pembentangan kumpulan dan lembaran kerja. Saya sebagai guru akan membuat penilaian terhadap pembetangan pelajar ini berdasarkan rubrik pembentangan kumpulan yang merangkumi aspek isi, bahasa dan kerjasama ahli. Saya juga turut membuat rubrik penilaian bertulis bagi lembaran kerja pelajar.




0 comments: