Di bawah ini merupakan video makropengajaran di SMK Tun Ismail, Parit Raja di Batu Pahat, Johor. Video yang berdurasi 30 minit ini menggunakan rancangan pengajaran harian mengenai pengajaran definisi latar dan jenis latar dalam drama. Jumlah murid yang mengikuti pembelajaran pada hari tersebut ialah seramai 27 orang iaitu melibatkan murid tingkatan 4 Ehsan. Set induksi yang digunakan di awal pengajaran ialah paparan video berdurasi 2.04 minit. Setelah selesai tontonan video oleh murid, guru bertanyakan tiga soalan kepada pelajar secara rawak. Seterusnya, aktiviti pertama bagi langkah 1 ialah permainan teka silang kata. Aktiviti kedua bagi langkah 2 ialah aktiviti Team Word Web. Bagi langkah 3, guru menyediakan lembaran kerja kepada pelajar. Penutup di akhir pembelajaran menggunakan teknik soal jawab dan penggunaan kad traffic light.
0 comments:
Post a Comment