Di bawah ini merupakan video kajian tindakan bagi empat orang murid kelas 4 Ehsan yang tidak dapat menguasai objektif pengajaran pada hari kedua iaitu pembelajaran mengenai kaitan latar dengan peristiwa dalam drama Anna. Aktiviti pertama bagi langkah 1 ialah Simultaneous Round Table. Aktiviti kedua bagi langkah 2 pula ialah Match Mine.
Penilaian makropengajaran 1
Nama Penilai : Siti Aminah Binti Mohammad
No Kad Matrik : D20151070456
Kursus : AT01 - Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dengan kepujian.
Penilaian makropengajaran 2
Nama Penilai : Nurul Syazwanie Binti Ayob
No Kad Matrik : D20151070467
Kursus : AT01 - Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dengan kepujian.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Makropengajaran 3
Tarikh:
5 Mei 2018
Kelas:
Semester 6 Kesusasteraan Melayu
Matapelajaran:
Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Utama (HPU)
8.0 Menganalisis nilai kemanusian dan
pengajaran dalam drama.
Hasil Pembelajaran
Keseluruhan (HPK)
8.1Menerangkan
definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran.
8.2Menjelaskan
nilai kemanusiaan dalam drama.
8.3Menjelaskan
pengajaran dalam drama.
Aras 1
i.Menyatakan definisi nilai kemanusiaan
dan pengajaran
Aras 2
i.Menyenaraikan nilai kemanusiaan dalam
drama.
Aras 2
ii.Menjelaskan pengajaran berdasarkan
contoh dalam drama.
ABM/bahan sumber yang digunakan:
Makropengajaran
1 di kelas tersebut mengambil masa 30 minit daripada bermulanya set induksi
sehingga ke bahagian penutup. Mengulas tentang set induksi, alat bantu
mengajar (ABM) yang saya gunakan ialah komputer riba. ABM tersebut membantu
saya untuk menayangkan video bagi sesi induksi berkenaan topik yang diajarkan
di dalam kelas. Video tersebut mengisarkan tentang kasih-sayang seorang bapa
terhadap anaknya. Saya meminta pelajar menaganalisis perkaitan peristiwa di
dalam video tersebut dengan topik pembelajaran latar yang akan diajar oleh
guru pada hari tersebut. Di akhir tayangan video tersebut, saya mengemukakan
soalan kepada pelajar untuk dijawab berdasarkan video yang ditonton. Video
tersebut juga mempunyai perkaitan dengan topik yang akan diajar pada langkah
1 nanti.
Seterusnya, saya juga masih
menggunakan komputer riba untuk menayangkan slide Power Point berkenaan definisi nilai dan pengajaran kepada pelajar.
Power Point ini merupakan sebuah
perisian di dalam komputer yang boleh memuatkan nota dalam bentuk persembahan
yang menarik. Penerangan tentang topik yang diajar sangat perlu supaya pelajar
dapat gambaran yang jelas tentang apa yang akan mereka belajar di dalam
kelas. Setelah selesai membuat penerangan melalui perisian Power Point, saya mengedarkan lembaran kerja kepada
pelajar dan memperuntukkan masa selama 2 minit untuk menjawab.
Bagi langkah 2, saya
menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti Lakon dan Tulis Skrip. Saya juga mengarahkan pelajar supaya
membentuk dua buah kumpulan. Setiap kumpulan diberi skrip drama Anna dan perlu melakonkan skrip
tersebut. Setelah selesai sesi lakonan, mereka perlu mecatatkan nilai
kemanusiaan yang diperoleh melalui lakonan rakan mereka ke dalam bentuk peta i-Think di atas kertas sebak.
Kemudian, setiap kumpulan perlu membentang hasil perbincangan di hadapan
kelas.
Langkah 3, saya menjalankan
aktiviti 3 Stray 1 Stay. Pelajar
diikehendaki untuk kekal berada di dalam kumpulan maing-masing. Pelajar
diberi kertas sebak dan kali ini mereka perlu menulis pengajaran yang
terdapat di dalam drama Anna beerdasarkan
skrip dialog yang sama. Setelah selesai, pelajar perlu membuat lembaran kerja
dalam masa 3 minit.
Bagi sesi penutup, saya telah menanyakan
soalan kepada tiga orang pelajar mengenai rumusan pembelajaran pada hari
tersebut.
Strategi pengajaran yang
digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):
Strategi
merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan mencapai matlamat yang
diperlukan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh
kurikulum baru adalah berpusatkan pelajar. Di bawah strategi ini, peranan
pelajar adalah diutamakan. Ini beerti, mereka didorongkan untuk melibatkan
diri dalam proses pembelajaran secara keseluruhan dan bertindak secara aktif
dalam semua aktiviti pembelajaran bilik darjah. Walau bagaimanapun, ada
ketika tertentu, guru juga terpaksa memainkan peranannya lebih banyak. Guru
perlu menukar strateginya untuk pengajaran yang lebih berkesan. Hal ini
demikian kerana, apabila pelajar dimulakan dengan menjalankan aktiviti tanpa
sebarang penerangan daripada guru terlebih dahulu, pelajar tidak dapat
mencapai obejktif pengajaran di dalam P&P. Pelajar perlu dibekalkan
pendedahan dan pengetahuan awal daripada guru mereka tentang sesuatu topik
yang diajarkan.
Strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran boleh diklasifikasikan dalam tiga bentuk iaitu strategi
pemusatan guru, strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan. Di
dalam pengajaran dan pembelajaran makropengajaran 1 ini, saya menggunakan
ketiga-tiga strategi iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan
pelajar dan juga strategi pemusatan bahan. Strategi pemusatan guru
diaplikasikan dalam set induksi dan di awal langkah 1 iaitu menggunakan
kaedah penerangan. Saya memberi penerangan kepada pelajar secara panjang
lebar mengenai topik yang dibincangkan pada hari tersebut iaitu definisi
nilai dan pengajaran. Penerangan ini dipersembahkan kepada pelajar dalam
bentuk tayangan slide Power Point. Penerangan
ini amat penting supaya pelajar memperoleh gambaran tentang topik yang akan
diajarkan. Ia juga bertujuan untuk dijadikan panduan bagi pelajar mengikuti
aktiviti yang akan mereka lalui.
Seterusnya, saya juga menggunakan
strategi pemusatan pelajar. Strategi yang berpusatkan pelajar ini menekankan
lebih banyak peranan dan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar mengambil bahagian dan bekerja secara aktif. Strategi
yang saya perkenalkan ialah kaedah berkumpulan dan perbincangan. Di dalam
bentuk berkumpulan tersebut, pelajar melakukan aktiviti Lakon dan Tulis Skrip. Setiap kumpulan diberi skrip drama Anna dan perlu melakonkan skrip
tersebut. Setelah selesai sesi lakonan, mereka perlu mecatatkan nilai
kemanusiaan yang diperoleh melalui lakonan rakan mereka ke dalam bentuk peta i-Think di atas kertas sebak.
Kemudian, setiap kumpulan perlu membentang hasil perbincangan di hadapan
kelas.Aktiviti ini sememangnya
menggalakkan pelajar untuk berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan
pendapat dan didorong membuat keputusan yang berkesan. Secara tidak langsung,
sikap kerjasama dapat dibentuk melalui aktiviti kumpulan. Mereka juga dapat
mencungkil bakat mereka dalam bidang lakonan.
Strategi yang berpusatkan bahan
menekankan lebih banyak kepada peranan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan dalam pengajaran
sememangnya dapat membantu tugas-tugas guru dalam kelas dan turut membantu pelajar
dalam melaksanakan pembelajaran kendiri dengan berkesan. Saya telah
menyediakan pelbagai bahan kepada pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pada langkah 2, saya menyediakan skrip drama Anna dan juga kertas sebak serta pen
marker. Langkah 3 pula saya masih menggunakan BBM yang sama. Saya juga mengedarkan lembaran kerja
pada langkah sebagai aktiviti pengukuhan bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran pelajar.
Adakah hasil pembelajaran saya
dicapai? Bagaimana saya tahu?
Objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai sepenuhnya. Saya melihat bahawa pelajar hanya dapat
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada langkah 1 sahaja. Objektif
P&P pada langkah ialah menyatakan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran
dengan tepat melalui tekni soaljawab.
Pelajar diberi penerangan daripada guru melalui slide Power Point. Kemudian, pelajar membuat latihan yang diberi oleh
guru. Pelajar memberi fokus sewaktu guru memberi penerangan di dalam kelas.
Latihan yang dibuat juga betul dan tiada kesalahan.
Objektif pengajaran dan
pembelajaran pada langkah 2 juga tercapai. Melalui objektif ini, pelajar
perlu menyenaraikan
sekurang-kurangnya tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam drama Anna melalui teknik Lakon dan Tulis
Skrip. Saya mendapati pelajar
dapat berlakon dengan baik dan penuh penghayatan. Peljar juga mampu untuk
menterjemahkan lakonan rakan mereka ke dalam bentuk penulisan nilai
berdasarkan skrip drama Anna.
Objektif P&P yang ketiga pula ialah menjelaskan sekurang-kurangnya
tiga pengajaran berdasarkan contoh yang terdapat dalam drama Anna melalui teknik Three Stray,
One Stay. Pelajar dapat
menganalisis kesmua pengajaran yang terdapat di dalam skrip drama Anna. Pelajar
juga dapat membentang dengan baik dan masing-masing memberi lontaran idea
yang bernas.
Adakah pelajar saya melibatkan
diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak –
mengapa?
Berdasarkan
sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya dapat simpulkan bahawa pelajar
semester 6 Kesusasteraan Melayu melibatkan diri secara produktif dan aktif. Pada
sesi induksi, pelajar aktif dalam memberikan respon terhadap video yang
dipaparkan oleh guru di hadapan kelas. Tiga orang pelajar yang ditanya oleh
guru melalui video yang ditonton memberikan jawapan bernas dan intelek.
Masing-masing tidak malu-malu untuk tampil memberikan jawapan terhadap soalan
yang diutarakan. Apabila diminta memberikan jawapan terhadap soalan yang
dikemukan, pelajar-pelajar ini lantas bangun dan memberikan jawapan dalam
kadar yang segera.
Pada langkah 1, pelajar memberikan sepenuh
tumpuan semasa mendengar penerangan guru dihadapan kelas. Pelajar juga aktif
bertanyakan soalan dan memberi respond kepada guru mengenai penerangan yang
dibuat oleh guru. Pelajr juga dapat menyempurnakan latihan yang diberi oleh
guru dalam masa yang ditetapkan.
Seterusnya, pada langkah 2, setiap
kumpulan perlu berlakon dan melengkapkan permainan peta i-Think di atas kertas sebakdalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mempunyai banyak
pergerakan pelajar di mana mereka perlu berlakon dan melakukan tugasan dalam
bentuk perbincangan kumpulan. Di samping itu, wujud interaksi pelabagai hala
di antara mereka.
Penglibatan pelajar secara produktif
dan aktif dalam langkah 3 ini dapat dilihat melalui kerjasama mereka dalam menjalankan
aktiviti 3 Stray, 1 Stay. Pelajar perlu
menganalisis skrip drama yang diperoleh bagi setiap kumpulan dengan
menghuraikan pengajaran yang terkandung. Hasil perbincangan mereka ditulis dalam
bentuk peta i-Think di atas kertas
sebak. Aktviti ini melibatkan kepantasan bagi setiap kumpulan untuk
melengkapkan peta i-Think di
hadapan kelas.
Pada sesi penutup, pelajar-pelajar
melibatkan diri secara produktif dan aktif dalam menjawab soalan yang ditanya
oleh saya mengenai rangkuman sesi pengajajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut. Tiga orang pelajar terpilih dapat menjawab soalan yang dikemukakan
oleh guru dengan baik. Kebijaksanaan mereka menjawab pertanyaan guru di dalam
kelas membuktikan mereka melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang
berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Adakah saya mengubah rancangan
pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
Seorang guru tidak
akan terlepas daripada mengubah rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah
dirancang dengan rapi sebelum ini. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas, perkara-perkara yang tidak diingin mungkin akan
terjadi kepada mana-mana guru yang mengajar. Masalah teknikal seperti Overhead Projector (OHP) tidak
berfungsi semasa set induksi memang biasa berlaku. Di samping itu, faktor
masa yang tidak mencukupi juga menyebabkan guru terpaksa menyingkatkan sesi
P&P. Justeru, setiap guru perlu bersedia untuk menghadapi situasi
tersebut dengan membuat perancangan atau alternatif kedua bagi menampung
kecatatan pada RPH yang dirancang.
Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, saya terpaksa menukar aktiviti pada langkah 3 iaitu
menukar teknik 3 Stray 1 Stay kepada
teknik lawatan galeri atau dalam bahasa inggerisnya, Gallery Walk. Hal ini demikian keranaa, masa yang diperuntukkan
tidak mencukupi.
Apakah bantuan tambahan,
sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran
ini lagi?
Antara bantuan
tambahan atau sokongan yang dapat mempertingkatkan lagi pengajaran guru ialah
melalui aplikasi Prezi. Pengajaran mengenai
nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam drama Anna pada langkah 1 akan nampak lebih menarik jika dipersembahkan
dalam bentuk pembentangan interaktif melalui aplikasi Prezi berbanding penggunaan slide Power Point. Aplikasi Prezi
inimempunyai keistimewaannya
yang tersendiri seperti tema yang menarik, tulisan yang jelas dan animasi
yang menarik. Pelajar juga akan lebih fokus dan menumpukan perhatian terhadap
isi pengajaran yang disampaikan dalam bentuk aplikasi Prezi.
Seterusnya, penggunaan peta i-Think dalam pengajaran nilai
kemnusiaan pada langkah 2 dan 3 dapat dibuat penambahbaikan dari segi reka
bentuknya. Saya melihat, peta i-Think yang
dilakar di atas kad manila adalah kurang dari aspek ketahanannya. Sifat
fizikal kad manila ini yang mudah koyak dan renyuk menyebabkan ia tidak dapat
bertahan lama. Jadi, saya mencadangkan supaya kad manila ini digantikan
dengan papan putih interaktif. Kebaikan papan putih interaktif ini ialah dari
segi ianya mudah dipadam, tahan lasak dan boleh digunakan semula bagi subjek
yang lain.
Akhir sekali, aktiviti lembaran
kerja bagi langkah 3 akan nampak lebih menyeronokkan jika dibuat dalam bentuk
kuiz atas talian iaitu aplikasi Kahoot!.
Konsep aplikasi Kahoot! ini adalah
sama dengan lembaran kerja yang dibuat secara manual oleh guru. Aktiviti Kahoot! ini mempunyai banyak kebaikannnya.
Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Semua pelajar juga dapat menyelesaikan aktiviti Kahoot! ini secara serentak kerana setiap soalan yang disetkan di
atas talian tersebut mempunyai had masa menjawab yang diperuntukkan. Di
samping itu, guru juga tidak perlu lagi untuk menyemak jawapan pelajar kerana
melalui aktiviti Kahoot! ini, semua
jawapan pelajar telah disemak secara automatik dan markah bagi setiap pelajar
juga turut dipaparkan pada penghujung aktiviti ini. Tiga orang pelajar yang
mendapat mata tertinggi sewaktu aktiviti Kahoot!
ini akan dipaparkan nama mereka di penghujung aktiviti.
Jika saya mempunyai peluang untuk
mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan pelajar yang sama, apakah
yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Sekiranya saya
mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini untuk kali yang kedua bagi
kumpulan pelajar yang sama, saya akan menggunakan pendekatan yang berbeza.
Pendekatan yang saya gunakan sebelum ini iaitu struktural mungkin tidak dapat
dicapai oleh semua pelajar secara keseluruhan. Hal ini demikian kerana, tahap
kognitif mereka adalah berbeza-beza. Jadi, tidak semua pelajar dapat
menguasai apa yang diajar oleh guru melalui aktiviti yang telah dirancang
oleh guru di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Justeru, saya akan menggunakan
pendekatan yang lain iaitu berdasarkan model gaya pembelajaran VAK iaitu
visual, auditori dan kinestetik. Model gaya pembelajaran VAK adalah belajar
secara secara langsung dengan cara melihat, mendengar dan bertindak. Model
ini sangat menekankan kepada pengalaman dan penyesuaian gaya pembelajaran
berdasarkan kemampuan pelajar. Terdapat tiga gaya pembelajaran di dalam model
gaya pembelajarn VAK iaitu gaya pembelajaranvisual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Apakah teori pengajaran dan
pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan
ringkas.
Teori
pembelajaran merupakan alat yang digunakan untuk memahami proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih mendalam. Menurut Noriati, Boon & Sharifah
Fakhriah (2009), teori pembelajaran ialah penjelasan temntang cara manusia
dan haiwan belajar. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara
manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran.
Berdasarkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan, saya telah menggunakan teori pembelajaran
Masteri. Menurut Bloom (1968), pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan pelajar dalam sesuatu
perkara yang diajar. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan
pembelajaran Masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Langkah pertama dalam teori
pembelajaran Masteri ialah penentuan hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran merupakan
objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar pada akhir sesuatu
unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti
apa yang perlu dikuasai oleh pelajar dan memberi tumpuan dalam penguasaan
hasil pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran saya berdasarkan
Rancangan Pengajaran harian (RPH) yang dirancang ialah:
Objektif: Pada akhir pembelajaran, pelajar
dapat:
i.menyatakan
defnisi nilai kemanusiaan dan pengajaran dengan tepat melalui teknik soal jawab.
ii.menyenaraikan
sekurang-kurangnya tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam drama Anna melalui teknik Lakon dan Tulis Skrip
iii.menjelaskan
sekurang-kurangnya tiga pengajaran berdasarkan contoh yang terdapat dalam
drama Anna melalui teknik Three
Stray, One Stay.
Seterusnya, langkah kedua ialah
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semasa merancang aktiviti
P&P, saya telah mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang
berbeza-beza. Jadi, saya telah membuat pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, saya turut menggunakan bahan bantu mengajar bagi
membantu aktiviti pengajaran yang berlangsung. Melihat kepada RPH yang telah
dilaksanakan, saya telah menggunakan pendekatan berpusatkan guru yang
diaplikasikan dalam set induksi dan di awal langkah 1 iaitu menggunakan
kaedah penerangan. Saya memberi penerangan kepada pelajar secara panjang
lebar mengenai topik yang dibincangkan pada hari tersebut iaitu definisi nilai
kemanusiaan dan pengajaran secara umum. Penerangan ini amat penting supaya pelajar
memperoleh gambaran tentang topik yang akan diajarkan. Ia juga bertujuan
untuk dijadikan panduan bagi pelajar mengikuti aktiviti yang akan mereka
lalui.
Setelah pelajar dapat memahami
penerangan yang dijelaskan guru, saya telah menggunakan strategi pemusatan
pelajar. Strategi yang berpusatkan pelajar ini menekankan lebih banyak
peranan dan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
mengambil bahagian dan bekerja secara aktif. Strategi yang saya perkenalkan
ialah kaedah berkumpulan. Di dalam bentuk berkumpulan tersebut, pelajar
melakukan aktiviti Lakon dan Tulis Skrip dan juga Three Stray One Stay.
Seterusnya, saya turut membuat
penilaian melalui aktiviti P&P yang telah dijalankan. Penilaian dalam
pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh
guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian
Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian juga
adalah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti
penilaian yang diberikan kepada pelajar semester 6 Kesusasteraan Melayu ialah
melalui pembentangan kumpulan dan lembaran kerja. Saya sebagai guru akan
membuat penilaian terhadap pembetangan pelajar ini berdasarkan rubrik
pembentangan kumpulan yang merangkumi aspek isi, bahasa dan kerjasama ahli.
Saya juga turut membuat rubrik penilaian bertulis bagi lembaran kerja pelajar.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Makropengajaran 2
Tarikh:
12 April 2018
Kelas:
4 Ehsan
Matapelajaran:
Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Utama (HPU)
6.0 Menghuraikan latar dalam drama
Hasil Pembelajaran Keseluruhan
(HPK)
6.3Menghubungkaitkan
latar tempat, latar masa dan latar masyarakat dengan peristiwa dalam karya.
Aras 1
i.Menyenaraikan latar masa, latar tempat
dan latar masyarakat.
Aras 1
ii.Menjelaskan kesesuaian latar dengan
cerita dalam karya.
ABM/bahan sumber yang digunakan:
Makropengajaran
1 di kelas tersebut mengambil masa 35 minit 4 saat daripada bermulanya set
induksi sehingga ke bahagian penutup. Mengulas tentang set induksi, alat
bantu mengajar (ABM) yang saya gunakan ialah komputer riba, Overhead
Projector (OHP) dan skrin layar. ABM tersebut membantu saya untuk menayangkan
video bagi sesi induksi berkenaan topik yang diajarkan di dalam kelas. Video
tersebut mengisarkan tentang kasih-sayang seorang anak dalam menjaga ibunya
yang sudah tua dan uzur. Saya meminta murid menaganalisis perkaitan peristiwa
di dalam video tersebut dengan topik pembelajaran latar yang akan diajar oleh
guru pada hari tersebut. Di akhir tayangan video tersebut, saya mengemukakan
soalan kepada murid untuk dijawab berdasarkan video yang ditonton. Video
tersebut juga mempunyai perkaitan dengan topik yang akan diajar pada langkah
1 nanti. Di bawah ini merupakan pautan video yang diambil daripada Youtube:
Seterusnya,
saya juga masih menggunakan ketiga-tiga ABM tersebut iaitu komputer riba,
Overhead Projector (OHP) dan skrin layar. Tujuannya ialah, saya perlu
menayangkan slide Power Point berkenaan
perkaitan latar dengan peristiwa dalam di drama Anna kepada murid. Power
Point ini merupakan sebuah perisian di dalam komputer yang boleh
memuatkan nota dalam bentuk persembahan yang menarik. Penerangan tentang
topik yang diajar sangat perlu supaya murid dapat gambaran yang jelas tentang
apa yang akan mereka belajar di dalam kelas. Setelah selesai membuat
penerangan melalui perisian Power Point,
saya
membahagikan murid kepada lima buah kumpulan. Murid akan melakukan aktiviti
Jelajah Puzzle. Sebelum murid
melakukan aktiviti tersebut, murid diterangkan oleh guru mengenai aktiviti
tersebut. Puzzle merupakan sebuah
permainan menyusun kepingan gambar sehingga menjadi sebuah gambar yang
lengkap. Melalui Puzzle yang direka
bentuk oleh saya, murid perlu menyusun serpihan-serpihan kecil kepingantersebut sehingga menjadikan sebuah jenis
latar yang betul iaitu latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang
terdapat di dalam drama Anna. Bagi
aktiviti Jelajah Puzzle, setiap
kumpulan diedarkan satu set permainan Puzzle
dan diperuntukkan selama 2 minit untuk menyelesaikannya. Setiap kumpulan
perlu melengkapkan Puzzle masing-masing
dengan bertukar-tukar Puzzle bersama
ahli kumpulan yang lain. Hanya seorang wakil kumpulan sahaja yang perlu
bergerak ke setiap kumpulan yang lain untuk bertukar-tukar Puzzle. Setelah Puzzle bagi setiap kumpulan lengkap. Setiap ahli dalam kumpulan
perlu menyalin hasil Puzzle yang
telah lengkap ke dalam buku nota masing-masing. Di bawah ini merupakan
paparan slide Power Point berkenaan
perkaitan latar dengan peristiwa dalam di drama Anna:
Di
bawah ini merupakan gambar bahan bantu mengajar Puzzle bagi aktiviti Jelajah
Puzzle:
Bagi langkah 2,
saya
menerangkan kepada murid tentang aktiviti Peta I-Think beracun. Saya
juga mengarahkan murid supaya kekal berada di dalam kumpulan yang sama.
Saya mengedarkan
satu kotak kecil yang mengandungi lima helaian kertas. Setiap helaian kertas
mengandungi jenis latar yang berbeza iaitu latar tempat, latar masa dan latar
masyarakat. Setiap jenis latar dikepilkan bersama peristiwa yang terdapat
dalam drama Anna. Setiap kumpulan
perlu mencabut satu helaian kertas.Setiap
kumpulan perlu menganalisis jenis latar yang diberi dalam peristiwa yang
dikepilkan. Di bawah ini merupakan gambar kotak kecil yang mengandungi lima
helaian kertas tersebut:
Guru
melekatkan tiga buah kad manila yang mengandungi peta I-Think pada papan putih di hadapan kelas. Guru juga mengedarkan
tiga keratan kertas A4 kepada setiap kumpulan. Di bawah ini adalah gambar
peta i-Think yang dilekatkan di
papan putih di hadapan kelas:
Setiap
kumpulan perlu menulis hasil perbincangan mereka dalam keratan kertas A4
dengan latar masing-masing.
Murid
perlu menampal keratan kertas A4 tersebut dengan menggunakan pita pelekat
pada kad manila yang mengandungi peta I-Think
kosong. Kumpulan yang mendapat latar tempat perlu mengisi jenis latar dan
peristiwa ke dalam peta buih manakala kumpulan yang mendapat latar masa perlu
menulisnya pada peta dakap. Bagi kumpulan yang mendapat latar masyarakat
pula, mereka perlu menulis jenis latar dan peristiwa pada peta pokok. Guru
memberikan masa selama 10 minit untuk setiap kumpulan berbincang dan
mencatatkannya di dalam peta I-Think. Setiap kumpulan perlu mengambil nota
berdasarkan peta I-Think yang telah
lengkap pada papan putih ke dalam buku nota masing-masing. Di bawah ini
merupakan gambar peta i-Think yang
telah dilengkapkan oleh setiap kumpulan melalui aktiviti peta i-Think beracun:
Peta buih
Peta pokok
Peta Dakap
Langkah 3, saya hanya menggunakan
lembaran kerja. Soalan di dalam lembaran kerja tersebut merangkumi
keseluruhan topik yang diajarkan di dalam kelas. Murid hanya diperuntukkan
masa selama 4 minit untuk menjawabnya. Setelah murid selesai menjawab, lembaran
kerja murid dikutip untuk dibuat semakan. Di bawah ini dilampirkan lembaran
kerja yang diedarkan kepada murid untuk disiapkan:
Bagi sesi penutup, saya telah
menyediakan satu set Traffic Light
Cards kepada setiap kumpulan. Satu set Traffic Light Cards tersebut mengandungi terdiri daripada warna
hijau, merah dan kuning. Warna hijau bermaksud murid sudah faham mengenai
objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih
keliru dengan pembelajaran dan warna merah bermaksud murid tersebut langsung
tidak faham dengan pembelajaran pada hari tersebut. Semasa sesi penilaian, jika ramai murid yang
mengangkat warna hijau, guru akan terus fokus kepada murid yang masih kurang
faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Tetapi jika ramai murid
yang mengangkat warna kuning, guru mengulangi semula pengajaran. Di bawah ini
merupakan gambar Traffic light Cards:
Strategi pengajaran yang
digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):
Strategi
merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan mencapai matlamat yang
diperlukan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh
kurikulum baru adalah berpusatkan pelajar. Di bawah strategi ini, peranan
pelajar adalah diutamakan. Ini beerti, mereka didorongkan untuk melibatkan
diri dalam proses pembelajaran secara keseluruhan dan bertindak secara aktif
dalam semua aktiviti pembelajaran bilik darjah. Walau bagaimanapun, ada
ketika tertentu, guru juga terpaksa memainkan peranannya lebih banyak. Guru
perlu menukar strateginya untuk pengajaran yang lebih berkesan. Hal ini
demikian kerana, apabila murid dimulakan dengan menjalankan aktiviti tanpa
sebarang penerangan daripada guru terlebih dahulu, murid tidak dapat mencapai
obejktif pengajaran di dalam P&P. Murid perlu dibekalkan pendedahan dan
pengetahuan awal daripada guru mereka tentang sesuatu topik yang diajarkan.
Strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran boleh diklasifikasikan dalam tiga bentuk iaitu strategi
pemusatan guru, strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan. Di
dalam pengajaran dan pembelajaran makropengajaran 1 ini, saya menggunakan
ketiga-tiga strategi iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan
pelajar dan juga strategi pemusatan bahan. Strategi pemusatan guru
diaplikasikan dalam set induksi dan di awal langkah 1 dan 2 iaitu menggunakan
kaedah penerangan. Saya memberi penerangan kepada murid secara panjang lebar
mengenai topik yang dibincangkan pada hari tersebut iaitu perkaitan latar
dengan peristiwa di dalam drama Anna.
Penerangan ini dipersembahkan kepada murid dalam bentuk tayangan slide Power Point. Penerangan ini amat penting
supaya murid memperoleh gambaran tentang topik yang akan diajarkan. Ia juga
bertujuan untuk dijadikan panduan bagi murid mengikuti aktiviti yang akan
mereka lalui.
Seterusnya, saya juga menggunakan
strategi pemusatan pelajar. Strategi yang berpusatkan pelajar ini menekankan
lebih banyak peranan dan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid mengambil bahagian dan bekerja secara aktif. Strategi
yang saya perkenalkan ialah kaedah berkumpulan dan perbincangan. Di dalam
bentuk berkumpulan tersebut, murid melakukan aktiviti peta i-Think beracun. Setiap kumpulan akan diedarkan sebuah kotak kecil yang berisi
skrip drama Anna yang perlu
dianalisis oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu menganalisis jenis
latar yang diberi berdasarkan skrip drama Anna
tersebut. Kemudian, wakil bagi setiap kumpulan perlu melekatkan hasil
perbincangan kumpulan masing-masing pada peta i-Think yang dipaparkan di papan putih di hadapan kelas. Setelah
selesai, setiap pelajar perlu mencatatkan hasil peta i-Think yang mengandungi perkaitan latar dengan peristiwa di
dalam drama Anna ke dalam buku nota masing-masing. Aktiviti ini sememangnya
menggalakkan pelajar untuk berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan
pendapat dan didorong membuat keputusan yang berkesan. Secara tidak langsung,
sikap kerjasama dapat dibentuk melalui aktiviti kumpulan.
Strategi yang berpusatkan bahan
menekankan lebih banyak kepada peranan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan dalam pengajaran
sememangnya dapat membantu tugas-tugas guru dalam kelas dan turut membantu
murid dalam melaksanakan pembelajaran kendiri dengan berkesan. Saya telah
menyediakan pelbagai bahan kepada murid sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pada langkah 1, saya menyediakan lima set permainan
Puzzle yang mengandungi jenis latar
yang terdapat di dalam drama Anna.
Langkah 2 pula saya menggunakan kad manila yang mengandungi peta i-Think. Saya juga mengedarkan kepada
murid sebuah kotak kecil berisi skrip drama Anna dan juga beberapa set kertas A4 bagi setiap kumpulan dan
juga pen marker yang berwarna warni. Saya juga turut mengedarkan satu lagi
lembaran kerja pada langkah 3 sebagai aktiviti pengukuhan bagi sesi pengajaran
dan pembelajaran murid. Sesi penutup pula saya menyediakan satu set Traffic Light Cards kepada setiap
kumpulan. Satu set Traffic Light Cards tersebut
mengandungi terdiri daripada warna hijau, merah dan kuning. Saya melihat
bahawa penggunaan murid terhadap bahan-bahan tersebut secara sepenuhnya dapat
menyalurkan pengetahuan dan menggerakkan aktiviti untuk menguasai sesuatu
kemahiran.
Adakah hasil pembelajaran saya
dicapai? Bagaimana saya tahu?
Objektif pengajaran
dan pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya. Saya melihat bahawa murid hanya
dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada langkah 1 sahaja.
Objektif P&P pada langkah 1 ialah menyenaraikan latar masa, latar tempat
dan latar masyarakat dalam drama Anna melalui teknik Jelajah Puzzle. Pada langkah 1 ini, murid
telah diberi penerangan terlebih dahulu daripada guru melalui slide Power Point. Kemudian, murid
menjalankan aktiviti jelajah Puzzle dalam
bentuk berkumpulan. Setiap kumpulan dapat menyiapkan permainan Puzzle tersebut dalam masa yang
singkat tanpa menerima bantuan dan bimbingan daripada saya. Puzzle yang dibina oleh murid-murid
juga tepat dan tiada kesalahan.
Walau
bagaimanapun, objektif pengajaran dan pembelajaran pada langkah 2 tidak tercapai.
Melalui objektif ini, murid perlu Menghuraikan sekurang-kurangnya tiga jenis kesesuaian latar dengan
cerita dalam drama Anna melalui
teknik Peta i-Think beracun. Saya mendapati 2 buah
kumpulan gagal untuk menganalisis jenis latar yang terdapat di dalam skrip
drama Anna yang diberikan. Murid
mengatakan bahawa aras skrip drama tersebut adalah tinggi menyebabkan mereka
sukar untuk membuat analisis. Setelah saya memberikan bantuan dan bimbingan
kepada mereka, barulah murid-murid tersebut dapat menjawab dengan baik.
Adakah murid saya melibatkan diri
secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak –
mengapa?
Berdasarkan
sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya dapat simpulkan bahawa murid kelas
4 Ehsan melibatkan diri secara produktif dan aktif. Pada sesi induksi, murid
aktif dalam memberikan respon terhadap video yang dipaparkan oleh guru di
hadapan kelas. Tiga orang murid yang ditanya oleh guru melalui video yang
ditonton memberikan jawapan bernas dan intelek. Masing-masing tidak malu-malu
untuk tampil memberikan jawapan terhadap soalan yang diutarakan. Apabila
diminta memberikan jawapan terhadap soalan yang dikemukan, murid-murid ini
lantas bangun dan memberikan jawapan dalam kadar yang segera.
Seterusnya, pada langkah 1, setiap
kumpulan perlu melengkapkan permainan Puzzle
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mempunyai banyak
pergerakan murid di mana mereka perlu bertukar-tukar kepingan Puzzle dengan kumpulan lain untuk
melengkap Puzzle latar yang diberi.
Hal ini demikian kerana, setiap kumpulan diberi kepingan Puzzle yang salah dan tidak mengikut jenis latar yang diberi.
Jadi, semasa aktiviti ini berlangsung, masing-masing bergerak secara aktif di
anatara satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk mencari padanan kepingan Puzzle yang sesuai bagi kumpulan
masing-masing. Pada masa yang sama, wujud interaksi pelabagai hala di antara
mereka.
Penglibatan murid secara produktif
dan aktif dalam langkah 2 ini dapat dilihat melalui kerjasama mereka dalam menjalankan
aktiviti peta i-Think beracun.
Murid perlu menganalisis skrip drama yang diperoleh bagi setiap kumpulan
dengan menghuraikan jenis latar yang terkandung. Hasil perbincangan mereka
ditulis di atas kertas A4 dan kemudiaan dilekatkan pada peta i-Think yang dipaparkan pada papan
putih. Aktviti ini melibatkan kepantasan bagi setiap kumpulan untuk
melengkapkan peta i-Think di
hadapan kelas.
Pada sesi penutup, murid-murid
melibatkan diri secara produktif dan aktif dalam menjawab soalan yang ditanya
oleh saya mengenai rangkuman sesi pengajajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut. Tiga orang murid terpilih dapat menjawab soalan yang dikemukakan
oleh guru dengan baik. Kebijaksanaan mereka menjawab pertanyaan guru di dalam
kelas membuktikan mereka melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang
berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Adakah saya mengubah rancangan
pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
Seorang guru
tidak akan terlepas daripada mengubah rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah
dirancang dengan rapi sebelum ini. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas, perkara-perkara yang tidak diingin mungkin akan
terjadi kepada mana-mana guru yang mengajar. Masalah teknikal seperti Overhead Projector (OHP) tidak
berfungsi semasa set induksi memang biasa berlaku. Di samping itu, faktor
masa yang tidak mencukupi juga menyebabkan guru terpaksa menyingkatkan sesi
P&P. Justeru, setiap guru perlu bersedia untuk menghadapi situasi
tersebut dengan membuat perancangan atau alternatif kedua bagi menampung
kecatatan pada RPH yang dirancang.
Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, saya terpaksa menyingkatkan masa untuk menjalankan
aktiviti lembaran kerja. Masa sebenar untuk aktiviti lembaran kerja ialah 4
minit. Jadi, atas faktor kekangan masa, saya terpaksa memperuntukkan masa
selama 3 minit kepada murid untuk menjawab latihan yang disediakan. Faktor kekangan
masa bagi langkah 3 berlaku kerana murid-murid banyak menghabiskan masa pada
langkah 2.
Apakah bantuan tambahan,
sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran
ini lagi?
Antara bantuan
tambahan atau sokongan yang dapat mempertingkatkan lagi pengajaran guru ialah
melalui aplikasi Prezi. Pengajaran mengenai
perkaitan latar dengan peristiwa dalam drama Anna pada langkah 1 akan nampak lebih menarik jika dipersembahkan
dalam bentuk pembentangan interaktif melalui aplikasi Prezi berbanding penggunaan slide Power Point. Aplikasi Prezi
inimempunyai keistimewaannya
yang tersendiri seperti tema yang menarik, tulisan yang jelas dan animasi
yang menarik. Murid juga akan lebih fokus dan menumpukan perhatian terhadap
isi pengajaran yang disampaikan dalam bentuk aplikasi Prezi.
Seterusnya, penggunaan peta i-Think dalam pengajaran jenis latar
pada langkah 2 dapat dibuat penambahbaikan dari segi reka bentuknya. Saya
melihat, peta i-Think yang dilakar
di atas kad manila adalah kurang dari aspek ketahanannya. Sifat fizikal kad
manila ini yang mudah koyak dan renyuk menyebabkan ia tidak dapat bertahan
lama. Jadi, saya mencadangkan supaya kad manila ini digantikan dengan papan
putih interaktif. Kebaikan papan putih interaktif ini ialah dari segi ianya
mudah dipadam, tahan lasak dan boleh digunakan semula bagi subjek yang lain.
Akhir sekali, aktiviti lembaran
kerja bagi langkah 3 akan nampak lebih menyeronokkan jika dibuat dalam bentuk
kuiz atas talian iaitu aplikasi Kahoot!.
Konsep aplikasi Kahoot! ini adalah
sama dengan lembaran kerja yang dibuat secara manual oleh guru. Aktiviti Kahoot! ini mempunyai banyak kebaikannnya.
Murid akan didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Semua murid juga dapat menyelesaikan aktiviti Kahoot! ini secara serentak kerana setiap soalan yang disetkan di
atas talian tersebut mempunyai had masa menjawab yang diperuntukkan. Di
samping itu, guru juga tidak perlu lagi untuk menyemak jawapan murid kerana
melalui aktiviti Kahoot! ini, semua
jawapan murid telah disemak secara automatik dan markah bagi setiap murid
juga turut dipaparkan pada penghujung aktiviti ini. Tiga orang murid yang
mendapat mata tertinggi sewaktu aktiviti Kahoot!
ini akan dipaparkan nama mereka di penghujung aktiviti.
Jika saya mempunyai peluang untuk
mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah
yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Sekiranya saya
mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini untuk kali yang kedua bagi
kumpulan murid yang sama, saya akan menggunakan pendekatan yang berbeza.
Pendekatan yang saya gunakan sebelum ini iaitu struktural mungkin tidak dapat
dicapai oleh semua murid secara keseluruhan. Hal ini demikian kerana, tahap
kognitif mereka adalah berbeza-beza. Jadi, tidak semua murid dapat menguasai
apa yang diajar oleh guru melalui aktiviti yang telah dirancang oleh guru di
dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Justeru, saya akan menggunakan
pendekatan yang lain iaitu berdasarkan model gaya pembelajaran VAK iaitu
visual, auditori dan kinestetik. Model gaya pembelajaran VAK adalah belajar
secara secara langsung dengan cara melihat, mendengar dan bertindak. Model
ini sangat menekankan kepada pengalaman dan penyesuaian gaya pembelajaran
berdasarkan kemampuan pelajar. Terdapat tiga gaya pembelajaran di dalam model
gaya pembelajarn VAK iaitu gaya pembelajaranvisual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Gaya pembelajaran visual melihat
kepada kecenderungan pelajar untuk melihat sesuatu teks, warna, gambar,
jadual, gambarajah, carta sama ada di dalam buku, di papan hitam atau paparan
komputer. Pengajaran latar di dalam drama Anna
ini sangat sesuai untuk diajar menggunakan bahan berbantukan video. Guru juga
boleh membuat rakaman video pendek mengenai drama Anna supaya murid memperoleh gambaran tentang peristiwa yang
terkandung di dalam cerita tersebut. Di samping itu, penggunaan gambar yang
membezakan tiga jenis latar iaitu latar masa, latar tempat dan latar dan
masyarakat dapat membantu kefahaman murid dengan lebih jelas mengenai
perbezaan ketiga-tiga latar tersebut. Sebenarnya, masih terdapat murid yang
keliru untuk membezakan ketiga-tiga latar tersebut. Jadi, penggunanan visual
sangat membantu mereka untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi. Murid yang
menggunakan visual sebagai bahan bantu mengajar mereka lebih mudah untuk
mengingati, memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks.
Dalam pembelajaran auditori,
pelajar adalah cenderung kepada belajar melalui mendengar seperti bunyi,
muzik, nada, irama, suara, arahan atau penerangan secara lisan. Gaya
pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan
pendengaran perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati
penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari
sesuatu. Selain itu,murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan
mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga
mengajar murid – murid lain serta berbincang dengan guru. Sebagai contohnya, murid
tidak menyalin nota semasa guru memberi penerangan tentang perkaitan latar
dengan peristiwa dalam drama Anna, tetapi
dia hanya mendengar dan mengingati apa yang diterangkan sahaja. Selepas itu, apabila
guru memberikan latihan kepada murid tersebut, dia dapat menjawab dengan baik
menggunakan teknik ingat kembali. Oleh itu, murid tersebut menggunakan gaya
pembelajaran auditori.
Apakah teori pengajaran dan
pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan
ringkas.
Teori
pembelajaran merupakan alat yang digunakan untuk memahami proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih mendalam. Menurut Noriati, Boon & Sharifah
Fakhriah (2009), teori pembelajaran ialah penjelasan temntang cara manusia
dan haiwan belajar. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara
manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran.
Berdasarkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan, saya telah menggunakan teori pembelajaran
Masteri. Menurut Bloom (1968), pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu
perkara yang diajar. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan
pembelajaran Masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Langkah pertama dalam teori
pembelajaran Masteri ialah penentuan hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran
merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir
sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal
pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan
hasil pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran saya berdasarkan
Rancangan Pengajaran harian (RPH) yang dirancang ialah:
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i.Menyenaraikan
latar masa, latar tempat dan latar masyarakat dalam drama Anna melalui teknik Jelajah Puzzle
ii.Menghuraikan sekurang-kurangnya
tiga jenis kesesuaian latar dengan cerita dalam drama Anna
melalui teknik Peta i-Think beracun
Seterusnya, langkah kedua ialah
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semasa merancang aktiviti
P&P, saya telah mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid yang
berbeza-beza. Jadi, saya telah membuat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, saya turut menggunakan bahan bantu mengajar bagi membantu
aktiviti pengajaran yang berlangsung. Melihat kepada RPH yang telah
dilaksanakan, saya telah menggunakan pendekatan berpusatkan guru yang
diaplikasikan dalam set induksi dan di awal langkah 1 iaitu menggunakan
kaedah penerangan. Saya memberi penerangan kepada murid secara panjang lebar
mengenai topik yang dibincangkan pada hari tersebut iaitu perkaitan latar
dengan peristiwa di dalam drama Anna.
Penerangan ini amat penting supaya murid memperoleh gambaran tentang topik
yang akan diajarkan. Ia juga bertujuan untuk dijadikan panduan bagi murid
mengikuti aktiviti yang akan mereka lalui.
Setelah murid dapat memahami
penerangan yang dijelaskan guru, saya telah menggunakan strategi pemusatan
pelajar. Strategi yang berpusatkan pelajar ini menekankan lebih banyak
peranan dan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid
mengambil bahagian dan bekerja secara aktif. Strategi yang saya perkenalkan
ialah kaedah berkumpulan. Di dalam bentuk berkumpulan tersebut, murid
melakukan aktiviti Jelajah Puzzle. . Bagi aktiviti Jelajah Puzzle, setiap kumpulan diedarkan satu set permainan Puzzle dan diperuntukkan selama 2
minit untuk menyelesaikannya. Setiap kumpulan perlu melengkapkan Puzzle masing-masing dengan
bertukar-tukar Puzzle bersama ahli
kumpulan yang lain. Hanya seorang wakil kumpulan sahaja yang perlu bergerak
ke setiap kumpulan yang lain untuk bertukar-tukar Puzzle. Setelah Puzzle bagi
setiap kumpulan lengkap. Setiap ahli dalam kumpulan perlu menyalin hasil Puzzle yang telah lengkap ke dalam
buku nota masing-masing. Aktiviti ini sememangnya menggalakkan pelajar untuk
berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan pendapat dan didorong membuat
keputusan yang berkesan. Secara tidak langsung, sikap kerjasama dapat dibentuk
melalui aktiviti kumpulan.
Seterusnya, saya turut membuat
penilaian melalui aktiviti P&P yang telah dijalankan. Penilaian dalam
pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh
guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian
Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian juga
adalah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti
penilaian yang diberikan kepada murid 4 Ehsan ialah melalui aktiviti peta i-Think beracun dan lembaran kerja. Peta
i-Think beracun yang telah siap
dibina oleh murid bagi setiap kumpulan perlu dicatat di dalam buku nota
masing-masing. Saya sebagai guru akan membuat penilaian terhadap pembetangan
murid ini berdasarkan rubrik pembentangan kumpulan yang merangkumi aspek isi,
bahasa dan kerjasama ahli. Saya juga turut membuat rubrik penilaian bertulis
bagi lembaran kerja murid.
Langkah terkakhir bagi pembelajaran
Masteri ialah tindakan susulan. Tindakan susulan ini dijalankan setelah
kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan
bertujuan untuk memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga
menjejaskan pembelajaran yang seterusnya. Tindakan susulan boleh dilakukan
melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan. Bagi mengesan murid saya sama ada
perlu melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan, saya akan mengedarkan satu
set Traffic Light Cards yang
terdiri daripada warna hijau, merah dan kuning bagi setiap kumpulan. Warna
hijau bermaksud murid sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada hari
tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran dan
warna merah bermaksud murid tersebut langsung tidak faham dengan pembelajaran
pada hari tersebut. Semasa sesi penilaian, jika ramai murid yang mengangkat
warna hijau, guru akan terus fokus kepada murid yang masih kurang faham,
iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Tetapi jika ramai murid
yang mengangkat warna kuning, guru mengulangi semula pengajaran. Seterusnya,
saya akan menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.